Powered by Blogger.

Friday, March 22, 2013

STAR-SERATAS BERKESUDAHAN SERI TANPA JARINGAN

Pada sebelah petang hari ke dua, STAR dijadualkan mennetang pasukan SERATAS untuk perlawanan terakhir kumpulan. Perlawanan STAR-SERATAS merupakan perlawanan tumpuan kerana pasukan yang menang akan bergelar juara kumpulan. SERATAS memerlukan kemenangan bagi menghidupkan peluang mereka untuk muncul jura kumpulan, manakala STAR hanya memerlukan keputusan seri sahaja.

Pasukan SERATAS bergambar bersama jurulatih dan pengurus.

Untuk rekod pada tahun 2013, STAR dan SERATAS pernah bertemu dalam Liga Hoki Remaja Kebangsaan (MJHL) dan kemenangan berpihak kepada STAR apabila memenangi aksi dengan 2-0. Sudah tentu keadaan ini memberikan kelebihan moral kepada kem STAR untuk memenangi perlawanan.

Memakai jersey merah pula.

Dalam separuh masa pertama, ke dua-dua pasukan dilihat cukup berhati-hati kerana mana-mana pasukan yang melakukan kesilapan mudah pasti akan dihukum. Banyak hantaran-hantaran dari tengah kepada penyerang tersekat di bahagaian pertahanan lawan. Dan ke dudukan kekal 0-0 sehingga tamatnya separuh masa yang pertama.

memulakan aksi di babak ke dua, STAR menukar startegi dengan membuat hantaran-hantaran jauh, namun masih buntu untuk menjaringkan gol. Walaupun serangan dilakukan oleh barisan serangan dari setiap penjuru, namun pasukan SERATAS tetap ampuh bertahan dan tidak melepaskan gol. Dan sehingga wisel penamta dibunyikan, kedudukan kekal 0-0.

Keputusan seri sudah memadai untuk STAR berada pada ke dudukan teratas kumpulan D meninggalkan SERATAS sebagai naihb johan kumpulan, SAINA ke tiga dan SESTA ke empat. Dengan kejayaan ini, STAR telah diundi bertemu SOKSEK dalam pusingan suku akhir. Moga kejayaan milik kita !





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...