Powered by Blogger.

Monday, March 11, 2013

NEW ZEALAND MANGSA KE DUA MALAYSIA



Malaysia meneruskan kecemerlangan apabila meraih kemenangan kedua dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2013 di Stadium Azlan Shah, malam tadi. 

Chua Boon Huat dan Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil menyumbang gol pada babak kedua selepas 0-0 pada babak pertama. 



Rakam kemenangan 


Perubahan taktikal jurulatih Paul Revington pada separuh kedua menyaksikan anak buahnya bangkit daripada persembahan kurang berkesan pada separuh masa, untuk memastikan kemenangan. 

Boon Huat menyumbang dua gol ketika Malaysia menewaskan Korea Selatan kelmarin, sekali lagi bertindak cemerlang apabila membuka jaringan menguis kencang melepasi Devon Manchester pada minit ke-40.

Empat minit kemudian, Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil menewaskan Mancheter untuk mengukuhkan kedudukan tuan rumah.

Malaysia melancarkan serangan bertalu-talu selepas itu tetapi gagal menambah jaringan, sebaliknya New Zealand merapatkan jurang melalui Shay Neal lima minit sebelum tamat permainan. 
Terdahulu, juara enam kali, Australia membelasah Pakistan 6-0 selepas mendahului 4-0 pada babak pertama.

Jacob Whetton menyumbang dua gol manakala Daniel Mirecki, Matt Gohdes, Daniel Beale dan Nicholas Budgeon masing-masing satu gol. 

Korea Selatan pula, yang kelmarin tumpas 2-3 kepada Malaysia, bangkit merakam kemenangan 2-1 ke atas India.

Sumber : BH





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...