Powered by Blogger.

Wednesday, March 20, 2013

MOMENTUM KEMENANGAN DITERUSKAN, SAINA MANGSA KE-2

Memasuki hari ke dua kejohanan STAR akan menentang sebuah pasukan dari utara tanah air iaitu SM Sains Pokok Sena (SAINA). Perlawanan dijadualkan pada jam 9.30 pagi. Sebelum perlawanan bermula, jurulatih mengingatkan para pemain untuk melakukan pressing tinggi bagi menghalang bola sampai ke kawasan 50 STAR dan juga bagi memastikan pasukan lawan melakukan beberapa kesilapan mudah.


Mendengar taklimat taktikal dari jurulatih.

Seawal bunyi wisel STAR telah melakukan beberapa asakan dan hasilnya STAR memperoleh gol pertama melalui gol padang apabila bola hantaran Zahran Syahmi berjaya disudahkan oleh Nadzrul Nadzmi pada minit ke-6 perlawanan. STAR terus menggandakan serangan dan hasilnya pada minit ke-11 perlawanan, STAR memperoleh oukulan sudut penalti, dan Ridzuan Ramli berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti dengan "dragflick" kencang ke gawang gol pihak lawan.


Meraikan jaringan ke tas SAINA

Kedudukan separuh masa pertama STAR mendahului SAINA 2-0. Menyedari kedudukan STAR yang sudah selesa, STAR memasukkan para pemain simpanan untuk membolehkan beberapa pemain utama berehat untuk pertemuan menentang SERATAS. Bermula babak ke dua, para pemain STAR tidak menunggu lama dan hasilnya pada minit ke 16, Izham Nisya berjaya menambah gol peribadi menjadikan keduudkan 3-0 apabila berjaya menggelecek beberapa pertahanan lawan dan melepaskan pukulan deras ke gawang gol lawan.


Melakukan set pice "TAIGA" dalam perlawanan.

Akhirnya STAR berjaya memungut tiga mata penuh untuk mendahului kumpulan D. Sesuatu yang menarik apabila dalam perlawanan ini seorang pemian SAINA tercedera apabila bola pukulan Iqbal Ramlan telah terkena telinga salah seorang pemain SAINA. Sesuatu yang harus dipertingkatkan ialah pukulan sudut penalti apabila STAR mensia-siakan beberapa peluang untuk menjaringkan gol melalui pukulan sudut penalti. 

Perlawanan ke tiga antara STAR menentang SERATAS akan berlangsung pada petang ini. Perlawanan tumpuan kerana akan menentaukan juara kumpulan D. Jumpa lagi.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...