Powered by Blogger.

Tuesday, March 12, 2013

BAIKI PUKULAN SUDUT PENALTI

Skuad hoki negara harus mengaut setiap peluang daripada pukulan sudut penalti andai berhajat menyambung rentetan kemenangan apabila berdepan Australia dalam perlawanan ketiga di Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah, malam ini. 

Pandangan itu disuarakan ketua jurulatih skuad negara, Paul Revington yang jelas bimbang ketika akur anak didiknya itu gagal memanfaatkan peluang daripada pukulan berkenaan ketika mengatasi New Zealand 2-1, kelmarin.  Kami bernasib baik tidak dihukum oleh New Zealand yang memperoleh pukulan sudut penalti selain beberapa peluang semasa permainan berlangsung. Apa yang pasti barisan seperti Australia tidak akan mensia-siakan peluang itu, katanya. 

Pasukan pilihan 

Revington berkata Australia mula menunjukkan kemampuan selaku pasukan pilihan kejohanan dengan membelasah Pakistan 6-0 dalam perlawanan kedua dan akur betapa taraf Malaysia dengan lawan itu bagaikan bumi dengan langit. 

Apa saya harap pemain bermain permainan biasa dan tidak terlalu menghormati lawan hingga menyebabkan mereka hilang rentak. Apa perlu dilakukan pemain negara ialah gunakan aset yang ada pada diri sendiri untuk mencabar lawan, katanya. 

Selain menuntut persembahan bertenaga daripada anak buahnya, jurulatih itu juga mengharap sokongan padu penonton tempatan yang setakat ini turut menjadi tenaga pendorong kejayaan Malaysia dalam dua perlawanan awalnya.

BERITA HARIAN




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...