Powered by Blogger.

Friday, March 22, 2013

STAR-MCKK : DENDAM 2012 AKHIRNYA TERBALAS

Hari yang dinanti-nantikan kini muncul. STAR VS MCKK, final Kejohanan Hoki SBP Zon Utara. Yang pasti ke dua-dua pasukan  walau menang atau kalah sudah pasti menjamin tempat di pringkat kebangsaan pada bulan Mei nanti.


Nyanyian lagu sekolah sebelum perlawanan dilangsungkan.

Kali ini para pemain dibakar hati, perasaan dan semangat mereka dengan sentimen kekalahan di tangan MCKK tahun lepas seawal peringkat suku akhir lagi. Inilah peluang terhidang kepada STAR untuk membalas dendam kekalahan mereka tahun 2012. Dan sebagai kemenangan moral dalam aksi perlawanan persahabatan sebelum ini, STAR berjaya menewaskan MCKK 4-0.


Kelihatan para penyokong STAR yang datang ke Batu Gajah menggunakan dua  buah bas begitu bersemangat menyanyikan lagu cheer.

Dengan kehadiran para penyokong ULTRAS Abdul Rahman, STAR begitu bersemangat untuk menewaskan MCKK. Kali ini jurulatih menggunakan taktikal pressing pocket bagi mengekang MCKK dari mengeluarkan bola dari kawasan D. Walaupun memiliki deretan peluang dalam separuh masa pertama dan meguasai 80 peratus permainan, namun  ketumpulan barisan hadapan menjadi duri dalam daging kepada para pemain. Kedudukan separuh masa pertama STAR dan MCKK terikat 0-0.


Barisan half/second  line bekerja keras untuk menembusi pertahanan MCKK.

Memasuki separuh masa ke dua, STAR masih buntu untuk membuat jaringan. namun sebaliknya, MCKK mendapat peluang terbaik pada minit ke 19 pabila mendapat pukulan sudut penalti. Namun, bola tolakan pemain MCKK jauh melewati pintu gol STAR yang dikawal oleh Firdaus Zaki.


Zaim Ariffin terus mengasak kubu lawan.

Selepas itu, STAR terus melancarkan serangan bertubi-tubi kerana bola MCKK banyak tersangkut dalam kawasan 50 mereka. Namun, sebagaimana separuh masa pertama, barisan penyerang masih gagal memastikan kem STAR bergembira. Akhirnya masa perlawanan sebenar tamat dan kemenangan harus ditentukan melaui "golden goal".


Mendengar arahan dan kata-kata perangsang dari jurulatih." ZAHRAN bila lagi? Bila lagi?? Saya nak tengok gol kamu. Akhirnya menjadi kenyataan.

Skrip yang sama berulang apabila barisan hadapan melakukan banyak kesilapan dan terlalu ghairah untuk menjaringkan gol. Sewaktu perlawanan berbaki 5 saat, Zahran Syahmi muncul wira STAR apabila menolak masuk bola muntah penjaga gol MCKK ketika keaadaan kelam kabut dalam kawasan D MCKK. Dan pengadil perlawanan meniupkan wisel dan menunjukkan isyarat gol dan seluruh penyokong STAR bergembira dengan kejayaan ini.


ANACONDA'S meraikan kemenangan bersama ULTRAS Abdul Rahman.

Alhamdulillah, STAR buat kali ke dua muncul juara Kejohanan Hoki SBP Zon Utara setelah menggunggulinya buat pertama kali pada tahun 2011. Alhamdulillah, terima kasih semua pemain, jurulatih dan penyokong yang memastikan dendam kita dapat dilunaskan. 


Moga berjaya di peringkat kebangsaan nanti.












TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

2 comments:

Hairi Azmal said...

check balek .. pintu gol malaysia

IMANSHAH said...

sudah dibetulkan, terima kasih

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...