KELIBAT garang disajikan empat pemain Skuad 2013 di pentas saingan Liga Hoki Malaysia (LHM), baru-baru berjaya menambat hati Tai Beng Hai yang menyenarai mereka dalam latihan pusat dijadual bermula 28 Mac ini.
Penyertaan Muhammad Firhan Ashaari dan Faiz Helmi Jali (TNB) dari barisan Bawah 18 Tahun dan Muhammad Azri Hassan (UniKL) dan Muhammad Rashid Baharom (UiTM) dari B-19 tampak sudah menutup peluang bekas pemain kebangsaan kembali menyarung jersi negara.

Kata jurulatih kebangsaan itu, kepentingan kini adalah menguatkan skuad senior yang mencipta gemilang meraih pingat perak di Sukan Asia Guangzhou, November lalu, yang disifatkan sudah pun mantap.
Maka, penyenaraian pemain Piala Dunia Remaja 2009 seperti Muhammad Izzat Mohd Rahim (Sapura), Mohd Fitri Abu Bakar (Yayasan Negeri Sembilan) selain pemain yang pernah disenaraikan dalam latihan kebangsaan sebelum ini, Shahrin Mohamad (Maybank) dijangka mampu memperkukuhkan skuad sedia ada.
“Penyertaan empat pemain 2013 ini sebagai pendedahan dan memberi peluang kepada mereka merebut tempat dalam skuad senior.
“Ini menepati pelan jangka 2012-2016 PHM (Persekutuan Hoki Malaysia) untuk layak ke Olimpik selain mempamerkan persembahan bagus dalam Piala Dunia Remaja,” katanya yang hanya mempunyai empat minggu untuk mempersiapkan pasukan menjelang kejohanan Piala Sultan Azlan Shah, 5 Mei ini.
Sambil mengakui keputusan itu dipertikai apabila beberapa bekas pemain kebangsaan yang beraksi cemerlang di pentas LHM tidak disenarai, Beng Hai berkata: “Mereka sudah diberi peluang selama 10 tahun sebelum ini untuk membantu Malaysia.
“Ada antara mereka nampak hebat dalam liga tempatan kerana berada dalam posisi yang betul seperti ditugaskan sebagai penjaring, walaupun sebenarnya yang buat kerja membawa bola dari tengah padang adalah pemain lain.”

Sumber : BERITA HARIAN
0 comments:
Post a Comment