Powered by Blogger.

Thursday, March 17, 2011

KINTA UTARA JUARA TIGA KATEGORI

KINTA Utara meraih tiga daripada empat gelaran pada Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah-sekolah Perak (MSSPK) 2011 berakhir di Stadium Azlan Shah, Ipoh, baru-baru ini.
Malah keperkasaan Kinta Utara terserlah yang menyaksikan daerah itu mempunyai semua empat pasukannya di final.

Bagaimanapun impian menyapu bersih semua gelaran tidak kesampaian apabila pasukan lelaki bawah 12 tahun yang juga juara bertahan tumpas 3-1 kepada Daerah Batang Padang melalui pukulan penalti. Kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam perlawanan sebenar.
Begitupun kehampaan itu ditebus oleh pasukan perempuan kategori itu yang mengatasi juara tahun lalu, Kerian 3-1 melalui pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Namun seperti dijangka, Kinta Utara tidak menghadapi sebarang masalah mempertahankan gelaran kategori lelaki dan perempuan bawah 18 tahun.

Diwakili oleh dua gergasi hoki sekolah-sekolah Perak, Anderson dan Sekolah Raja Perempuan, Ipoh (RPS) masing-masing membaham Batang Padang 4-0 dan 3-0 dalam final.


Hilir Perak pula menyekat impian Kuala Kangsar mengekalkan pencapaian menduduki tempat ketiga kategori lelaki bawah 18 tahun selepas menundukkan lawannya itu 3-1.

Kuala Kangsar pula menduduki tempat ketiga selepas mengatasi Larut Matang & Selama (LMS) 3-2 melalui pukulan penalti selepas perlawanan berkesudahan 0-0.

SUMBER : HARIAN METRO 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...