KELAB Hoki Kuala Lumpur (KLHC) merangkul gelaran berganda apabila menjuarai Piala TNB selepas menumpaskan Sapura 3-1 pada perlawanan akhir Piala TNB-Liga Hoki Malaysia (LHM) di Stadium Tun Razak, malam tadi.
"Kemenangan malam ini sangat bermakna selepas kecewa di separuh akhir kepada Sapura tahun lalu. Pemain begitu bersungguh-sungguh dan beraksi de-ngan baik," kata Dhaarmaraj sejurus tamat perlawanan.
Terdahulu, segala-galanya terlalu pantas buat Sapura apabila Nabil Fiqri Mohd Noor meledak hantaran kapten KLHC, Azlan Misron untuk gol sulung sejurus selepas wisel mula, ketika pengulas perlawanan, Datuk Hasbullah Awang belumpun selesai mengumumkan nama pemain.
Selepas persembahan pancaragam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Zon Tengah di depan kira-kira 2,000 penonton pada masa rehat, pemain import dari Korea Selatan, Lim Woo Geun menyamakan kedudukan buat Sapura menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-46.
Namun Muhammad Razie Abd Rahim kembali menyalakan harapan KLHC menerusi jaringan peribadi ke-27 pada minit ke-48, diikuti jaringan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil pada minit ke-57 yang mengesahkan kemenangan mutlak KLHC.
Saingan turut dicemari insiden pergaduhan yang menyebabkan Sapura terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila penyerang-nya, Mohd Rodzhanizam Mat Radzi dilayangkan kad merah.
Dalam penentuan tempat ketiga, penyerang berbakat, Faizal Shaari mengenepikan tekanan sebagai penja-ring harapan untuk kembali memperlihatkan `sentuhannya' dengan menyumbang dua daripada tiga gol kemenangan TNB.
Dia menyudahkan dua daripada lima peluang pukulan sudut penalti pada minit ke-25 dan 45, diikuti gol Mahinder Singh pada minit ke-67 manakala gol tunggal YNS dijaringkan pemain Pakistan, Muhammad Imran pada minit ke-16.

SUMBER : BERITA HARIAN
0 comments:
Post a Comment