Powered by Blogger.

Monday, March 14, 2011

FRIENDLY STAR VS KINTA SELATAN

Persiapan menghadapi Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada 5-8 Mei 2011 di Kuala Terengganu diteruskan dengan satu lagi siri perlawanan persahabatan. Kali ini STAR berpeluang bermain di gelanggang lawan bertemu Pauskan Hoki Kinta Selatan, yang dalam persiapan menghadapi Kejohanan Hoki MSSPk pada 11-14 Mac 2011. Perlawanan telah diadakan di Stadium Hoki Kompleks KTMB Batu Gajah, Perak.

Dalam perlawanan yang dibahagikan kepada tiga quarter tersebut, STAR telah menang dengan jaringan 5-2. Jaringan bagi pihak STAR telah dibuat oleh Aiman Zairudin melalui pukulan sudut penalti pada minit ke- 8 perlawanan. Jaringan kedua pula telah dijaringkan oleh Faris Habeha pada minit ke 18 melalui jaringan padang. Dua minit kemudian, Faris Habeha sekali lagi berjaya menyudahkan bola rebound yang dilakukan oleh Aiman Baharom menjadikan kedudukan di quarter pertama 3-0.

Di quarter kedua, perlawanan kelihatan seimbang dengan Kinta Selatan mula melancarkan siri serangan namun masih gagal menjaringkan gol. Namun, akhirnya kealpaan barisan pertahanan STAR telah menyebabkan Kinta Selatan berjaya menjaringkan gol pertama mereka pada minit ke 30, hasil jaringan S. Kuleseran. Kedudukan ini bagaimanapun berjaya diimbangi oleh STAR apabila Zahran Syahmi turut menempa nama sebagai penjaring dengan jaringan ke empat STAR pada minit ke 36. Kedudukan di quarter ke dua 4-1.


Memulakan quarter ke-3, STAR telah memasukkan para pemain muda sebagai pendedahan. Namun begitu, Kinta Selatan terlebih dahulu menjaringkan gol pada quarter ke-3 ini pada minit ke -46 menerusi gerakan solo Muhmmad Adib. Ketika perlawanan berbaki sepuluh minit, Nafis Adzhar berjaya menjaringkan gol kelima untuk kedudukan muktamad 5-2. 

Secara keseluruhannya, para pemain STAR bermain pada tahap dan keupayaan sebenar. Banyak peluang untuk menjaringkan gol disia-siakan terutamanya pukulan sudut penalti. Begitu juga faktor padang baru yang agak tebal dan bola tidak dapat bergerak laju kerana tersekat pada karpet yang baru. Apapun diharapkan beberapa siri perlawanan persahabtan seterusnya akan dapat diadakan lagi, InsyaAllah.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...