Medan menguji kekuatan mental dan fizikal telahpun tiba. Satu persatu perlawanan suku akhir telah pun dijalankan. SEMUJI, SERATAS dan MCKK telahpun mengesahkan kedudukan mereka di separuh akhir. Dan kini semua mata terarah kepada STAR sama ada mampu untuk menjejakkan kaki ke separuh akhir. Berbekalkan dengan semangat baru dengan kehadiran Coach Nizam yang datang dari Ipoh, kami memulakan aksi suku akhir dalam panas terik di kepala. Bayangkan jam menunjukkan pukul 1.50 petang. Namun, perjuangan maruah akan terus berkobar-kobar dalam diri setiap ahli pasukan.
Berbekalkan corak permainan menyerang seawal minit pertama, STAR berjaya mengucar-kacirkan pertahanan lawan yang tampak tidak biasa bermain dalam terik matahari. Dalam perlawanan ini, pemain diarahkan berkampung dalam kawasan lawan demi mencari gol semangat. Dan akhirnya gol pertama yang dicari terhasil melalui pukulan sudut penalti yang berjaya dilakukan dengan sempurna oleh Nazri Syamil pada minit ke - 7 perlawanan. Mendapat gol semangat membuatkan STAR terus mengasak bertali arus ke gawang lawan. Namun gagal untuk mendapatkan gol. Dan akhirnya pada minit ke 18, STAR berjaya mendapat pukulan sudut penalti yang ke-6 perlawanan, dan kali ini Nazri Syamil tidak menghampakan dan berjaya menjaringkan gol ke dua peribadi melalui pukulan sudut penalti.
Tamat separuh masa pertama, kedudukan STAR mendahului 2-0. Strategi baru dan kelemahan separuh masa pertama telah diatasi pada separuh masa ke dua. STAR berpeluang menambahkan jaringan namun, penyudah yang kurang berbisa dari Zahran dan faris menyebabkan STAR gagal menambah jaringan buat seketika. Namun akhirnya pada minit ke 27, STAR berjaya mendapat satu lagi PC, dan kali ini Khairul Khalis tidak mahu terlepas dari mencatatkan nama sebagai penjaring dengan reflect bila hantaran Aiman Zairudin menjadikan kedudukan STAR mendahului 3-0.
Seminit kemudian Zahran Syahmi yang mendapat umpanan dari Faris Habeha berjaya menolak masuk untuk gol ke-4 perlawanan dan keputusan ini kekal sehingga tamat masa permainan. STAR menang 4-0. Alhamdulillah STAR buat dua tahun berturut-turut layak ke separuh akhir. Dan kali ini musuh tradisi MCKK menunggu kami di separuh akhir. Nampaknya pertemuan ini mengulangi pertemuan pada tahun 2010. Pertembungan yang sangat menarik antara dua sekolah yang sering menjadi rival dalam sukan dan permainan. Di hati para pemain, tersemat satu dendam, untuk membalas dendam kekalahan dua kali pada tahun lepas. Pertamanya sewaktu separuh akhir Zon Utara, dan kali kedua dalam perlawanan kumpulan X/Y Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan. Apakah dendam ini akan terbalas?? Sama-sama kita nantikan.
0 comments:
Post a Comment