Powered by Blogger.

Tuesday, March 8, 2011

STAR VS SAINA : LANGKAH KANAN TAPI SUMBANG

Perlawanan pertama kumpulan D telah menemukan STAR dengan Sekolah Menengah Sains Pokok Saina (SAINA). Pasukan SAINA merupakan lawan yang telah ditentang oleh STAR dalam perlawanan suku akhir tahun lepas. Dan kami menang 1-0. Berbekalkan dengan sejarah lampau, sedikit keyakinan terbit di hati setiap pemain. Walau bagaimanapun kami tetap berhati-hati  kerana tidak mahu terlalu yakin.

Kami diingatkan oleh Mr Shahnun untuk mencari gol awal bagi merentapkan semangat SAINA. Walaupun bermula garang dan hampir menguasai keseluruhan perlawanan, namun  gol yang dicari masih belum kunjung tiba. Penyudah di barisan hadapan yang tumpul di samping PC yang tidak menjadi menggagalkan kami untuk memecahkan kebuntuan. Akhirnya serangan bertali arus membuahkan hasil pada minit ke -9 perlawanan apabila bola hantaran Aiman Baharom telah berjaya disudahkan oleh Faris Habeha dan penjaga gol SAINA hanya mampu melihat bola bergolek ke gawangnya.

Selesai separuh masa  pertama, kami ditegur oleh Cikgu Shahnun dan Muazzin kerana gagal bermain pada tahap yang sebenar dan terikut-ikut dengan corak permainan pasukan lawan. Untuk separuh masa ke dua, kebuntuan mencari gol terus berterusan. kami mensia-siakan banyak peluang di hadapan gol dan PC. Ketika perlawanan berbaki seminit, akhirnya Faris Habeha berjaya menolak laju ke gawang SAINA untuk gol kedua perlawanan dan kedua peribadinya.  Keputusannya, STAR berjaya menewaskan SAINA 2-0.
Kami berazam untuk meningkatkan corak permainan dalam pertemuan yang seterusnya menentang Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu. Setiap pemain diingatkan untuk memberi fokus terhadap perlawanan. Insyaallah kami pasti akan melakukan nanti!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG KELAB HOKI STAR.KAMI MENGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ANDA

2 comments:

Isss said...

Nice color. Mcm Canada

IMANSHAH said...

pilihan budak star.. layan saja..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...