Kekalahan di MSSD walaupun perit untuk ditelan, namun harus diterima oleh semua. Walaupun jauh disudut hati ianya sebagai satu kejohanan pemanas badan sebelum ke Sungai Petani, namun sememangnya jauh disudut hati kami ingin mengisi slot ke final bertemu dengan gergasi hoki Perak, SMK Anderson. Namun, apakan daya, mungkin kekuarangan dari aspek persediaan mental menyebabkan kami gagal.
Usai perlawanan sesi muhasabah diri dilakukan oleh Cikgu Nizam dan Cikgu Shahnun. Sememangnya sesi ini sangat menyentuh jiwa kerana masing-masing meluahkan kekecewaan atas persembahan yang hambar ditunjukkan oleh pasukan. Guru-guru mencabar para pemain untuk membuktikan dan menebus kekecewaan ini dengan memenangi kejohanan Hoki SBP Zon Utara di Sungai Petani.
Nampaknya masing-masing terdiam, menginsafi dan ada yang menitiskan air mata kerana kecewa. Dan adi akhir sessi satu konsesus telah dicapai. Masih teringat kata-kata Saudara Amizal.
"Berilah kami peluang untuk membuktikan kejayaan di Sungai Petani nanti!"
Ayuh, buktikan. Pastikan kejayaan milik kita nanti!
0 comments:
Post a Comment